kamu-aku

Pages

Thursday 19 July 2012

Ia milik Allah :)

ASSALAMMUALAIKUM

di suatu pagi tatkala mata seakan-akan anak apek cina yang sepet ku belai-belainya supaya terbeliak luas lalu ku gagahkan kaki untuk melangkah pergi  ke kelas CTU yang di lecture kan oleh ustaz kamarulzaman di blok c :D

mendengar ceramahnya pada pagi itu......

pada dua tahun yang lepas terdapat sepasang kawan iaitu lelaki dan perempuan mereka sama-sama belajar di uitm segamat sehinggalah tamat dalam pengajian mereka . ditakdirkan si lelaki dapat sambung belajar di selatan dan si perempuan di utara tetapi mereka masih berhubung melalui telefon tanpa berjumpa . selepas tamat pengajian ditakdirkan pula si lelaki bekerja di utara dan si perempuan bekerja di selatan . bertahun lamanya mereka tidak berjumpa dan hanya telefon lah menjadi ikatan persahabatan mereka sehinggalah mereka bertembung di satu pusat membeli-belah di ibu kota . setelah bertanya khabar dan mengetahui status masing-masing , tidak lama selepas itu si lelaki masuk meminang si perempuan untuk dijadikan isteri dan mereka bahagia sehingga kini :D

ustaz kamarulzaman pun berpesan.....

bercintalah sekadar manis-manis buah iaitu bercinta ala kadar sahaja tanpa berjumpa selalu dan berdua-duaan dan janganlah kamu bercinta manis-manis gula seperti berpegangan tangan dan berpelukan kerana semua itu hanya mendatang kan dosa . tidak kira lah berapa jauh sekalipun kalau ditakdirkan jodoh bersama ianya tetap ada


adakah aku mengharapkan seperti terjadinya kisah ini?waallahualam saya hanya mampu memandang awak dari jauh :)

cinta itu milik Allah,
bersabarlah duhai hati :)


2 comments:

cik faz lolly said...

ehem2..like ur entry :)
agreed with ustaz kamarulzaman.. anda pun boleh begitu..kita semua :))

cik alya ! said...

tu la mcm mengharap je kisah cinta kita semua mcm tu . sweet je . haha